Kes Zahid: Muhyiddin persoal tindakan Peguam Negara

Iklan
Tan Sri Muhyiddin Yassin

SHAH ALAM - Tindakan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun menggunakan kuasanya di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung 47 pertuduhan kes jenayah pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram adalah tidak bermoral.

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dalam kes tersebut Ahmad Zahid telah didakwa di mahkamah dan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie dengan mengemukakan keterangan berdokumen dan 99 orang saksi.

Iklan
Iklan

"Ini bermakna mahkamah telah berpuas hati bahawa terdapat bukti-bukti yang berasas tentang perlakuan jenayah tersebut oleh Zahid dan mengarahkan beliau untuk membela diri.

"Adakah ini bermakna pihak pendakwaan mengakui bahawa bukti-bukti yang dikemukakan oleh mereka di mahkamah tidak boleh dipakai? Atau ada arahan daripada pihak atasan bahawa kes ini mesti digugurkan walau dengan apa cara sekalipun,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Pada Isnin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan Ahmad Zahid tanpa membebaskan daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, yang memaklumkan Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap beliau pada peringkat ini.

Iklan

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) turut mendakwa, sekiranya benar terdapat arahan menggugurkan kes tersebut, pengguguran pertuduhan ke atas Ahmad Zahid selepas diarahkan membela diri di mahkamah merupakan titik hitam dalam sistem keadilan di negara ini.

Tambahnya lagi, keputusan itu tersebut juga memberi kesan kepada keyakinan pelabur terhadap sistem keadilan di negara ini.

"Sudahlah seorang yang berhadapan tuduhan jenayah rasuah dilantik ke jawatan nombor dua tertinggi negara, malah pertuduhan ke atasnya juga digugurkan.

"Sudah tiba masanya rakyat menilai semula keabsahan kerajaan perpaduan ini yang sepatutnya mendukung kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Zahid hadir prosiding 47 kes rasuah, pecah amanah, AMLA

Pendakwaan mahu hentikan prosiding kes terhadap Ahmad Zahid

[VIDEO] Ahmad Zahid lepas tanpa bebas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah, AMLA

'Saya bersyukur dilepas tanpa bebas' - Ahmad Zahid

Bazir masa mahkamah, wang rakyat - Hakim

Tidak wujud persepsi negatif sistem perlembagaan negara - Peguam

11 alasan pasukan pendakwaan mohon kes Ahmad Zahid dihentikan

Kes Zahid: Pimpinan Kerajaan Perpaduan perlu nyatakan pendirian - Muda

Kes Zahid bukti wujud pendakwaan bermotif politik - UMNO Perak

ABIM gesa pengasingan kuasa pendakwa raya, Peguam Negara

Kerajaan hormati, tidak campur tangan kes mahkamah libat Zahid - Fadillah

Kebenaran akhirnya tertegak, memihak kepada Zahid - UMNO Kedah

Zahid tenang, Nurul Hidayah menangis

Ambiga tuntut beri penjelasan kes Ahmad Zahid

Latheefa Koya kritik pendakwaan henti prosiding Ahmad Zahid

Pembebasan Ahmad Zahid kukuh kembali imej UMNO - Ahmad Maslan

Kes Zahid: Tuan Ibrahim nafi keluar kenyataan

'Keputusan kes Zahid, satu kemunduran bagi gerakan rakyat’- Maria Chin

Kronologi kes Ahmad Zahid

Kes Zahid: Ujian ini ajar erti kesabaran, kesetiaan - Nurulhidayah

Kes Ahmad Zahid: UMNO Kelantan akan terus lawan fitnah musuh

Kes Ahmad Zahid: Rakyat perlu penjelasan munasabah

Idrus Harun diminta beri penjelasan kes Ahmad Zahid - Anthony Loke

UMNO Pulau Pinang akan terus sokong Ahmad Zahid

Kes Ahmad Zahid: Gerakan tuntut penjelasan

Kes Ahmad Zahid: Ahli Parlimen Subang gesa reformasi institusi