Tinjauan di Pasar Chow Kit ketika orang ramai membeli barangan basah di sini, pada Isnin. - Foto Bernama
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kerajaan memberi jaminan tidak akan berlaku kenaikan harga ayam secara mendadak susulan langkah penamatan subsidi dan kawalan harga ayam berkuat kuasa 1 November ini.
Penamatan subsidi ayam itu diambil selepas mengambil kira situasi dan trend semasa bekalan serta harga ladang dan kos pengeluaran ayam telah mula stabil, yang menyumbang kepada harga pasaran semasa kini di bawah harga siling, iaitu RM9.40 sekiilogram yang ditetapkan sejak Februari tahun lalu.
--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA