United terdesak buru kemenangan

Erik ten Hag - Foto Agensi
Erik ten Hag - Foto Agensi
A
A
A

MANCHESTER United perlu keluar daripada aksi goyah ketika menerima kunjungan Luton Town di laman sendiri dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu.

Kemenangan itu penting buat Erik ten Hag untuk mengurangkan tekanan selepas The Red Devils kecundang kepada FC Copenhagen, yang menyaksikan peluang meneruskan kemaraan dalam saingan Liga Juara-Juara kian pudar.

Keputusan mengecewakan itu melebarkan kekalahan United kepada sembilan daripada 17 aksi mereka musim ini.

Meskipun penyokong mungkin boleh gembira dengan kemenangan ke atas Fulham hujung minggu lalu, namun The Reds Devils bergelut dengan aksi kurang konsisten.

Saingan Luton tidak boleh dipandang mudah setelah mereka terikat 1-1 dengan Liverpool, Isnin lalu dan sebarang keputusan di Old Trafford menjadi petunjuk hala tuju United dalam saingan domestik.

United juga bergelut dengan isu kecederaan apabila Jonny Evans dikeluarkan awal dalam aksi di Copenhagen sekali gus menokok senarai panjang pemain pertahanan yang tidak boleh turun beraksi.

Luke Shaw, Lisandro Martinez dan Tyrell Malacia juga masih tidak cergas untuk bermain, manakala Casemiro dijangka berehat sehingga akhir bulan depan.

Luton yang masih segar dengan keputusan positif ketika menentang Liverpool menaruh kepercayaan kepada Ross Barkley untuk mengemudi bahagian tengah.

Artikel Berkaitan:

Pemain sayap, Andros Townsend juga bakal diturunkan buat kali kedua dalam kesebelasan utama pasukan.

Di sebalik pelbagai ramalan, United tiada pilihan selain wajib menang bagi memberi kelegaan kepada Ten Hag.