Pelajar lelaki ditemui meninggal dunia di asrama sekolah dipercayai dibuli

Pelajar berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) sebelum disahkan meninggal dunia. Foto tular
Pelajar berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) sebelum disahkan meninggal dunia. Foto tular
A
A
A

KUALA PILAH - [DIKEMAS KINI] Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua sebuah sekolah sukan di daerah ini meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di kawasan asrama, malam tadi.

Mangsa, Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, berasal dari Gemencheh merupakan anak sulung daripada tiga beradik.

Pelajar berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) sebelum disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan kes kini masih dalam siasatan.

Mangsa, Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di kawasan asrama sekolah.
Mangsa, Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di kawasan asrama sekolah.

“Proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban,” katanya.

Sebelum ini, tular satu hantaran di media sosial mendakwa seorang pelajar meninggal dunia selepas dipercayai dipukul dan dibuli di asrama sekolah.

ARTIKL BERKAITAN: Pelajar meninggal dunia di asrama: Pemimpin politik desak siasatan segera dakwaan buli

Artikel Berkaitan:

Pelajar meninggal dunia di asrama: Fadhlina sahkan seorang pelajar ditahan

Pelajar meninggal dunia di asrama: Polis siasat kes bunuh, tahan remaja 16 tahun

Bagaimanapun, dakwaan berhubung pelajar berkenaan dipukul belum dapat disahkan dan siasatan polis masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan berkata, beliau menerima panggilan telefon daripada pihak polis yang memaklumkan mengenai kejadian itu.

Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan bergegas ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk menziarahi Allahyarham Mohamad Idlan Fareesq Shahril.
Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan bergegas ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk menziarahi Allahyarham Mohamad Idlan Fareesq Shahril.

Menurutnya, beliau kemudian bergegas ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk menziarahi Allahyarham Mohamad Idlan Fareesq Shahril.

“Lewat malam saya terima panggilan telefon daripada Ketua Polis Daerah Kuala Pilah memaklumkan berlakunya kematian di asrama sekolah.

“Saya bergegas ke HTAN untuk ziarah Allahyarham Mohamad Idlan Fareesq bin Shahril,” katanya menerusi kenyataan di Facebooknya.

Kejadian ini turut mendapat perhatian bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin yang menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan secara teliti dan telus demi keadilan buat Allahyarham dan keluarganya.

“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham,” katanya menerusi hantaran di aplikasi Threads pada Sabtu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!