Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan

KUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT) melalui satu mesyuarat khas mengumumkan pelantikan barisan kepimpinan pemangku baharu berikutan peletakan jawatan Muhamad Hamdi Harun daripada jawatan Ketua Pemuda.
Setiausaha DPPNT, Mohd Riduan Abu Bakar berkata, Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa Kerja DPPNT diadakan pada Rabu sebulat suara menerima peletakan jawatan tersebut.
"Susulan kekosongan itu, mesyuarat bersetuju melantik Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli sebagai pemangku Ketua Pemuda bagi sesi 2026–2027.
"Barisan kepimpinan utama turut diisi oleh Muhammad Irsyad Syafiq Burhanuddin sebagai pemangku Timbalan Ketua dan Abdul Manaff Ghani sebagai pemangku Naib Ketua," katanya menerusi surat rasmi bertarikh 23 September dikeluarkan di laman sosial Pemuda Pas Terengganu pada Khamis.

Dalam kenyataan sama, kenyataan tersebut menyatakan DPPNT menzahirkan penghargaan serta berharap kepimpinan baharu mendapat pertolongan ALLAH SWT dalam meneruskan agenda tarbiah dan dakwah pemuda.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

