Suri rumah maut dibunuh: Suami, anak direman bantu siasatan

Lelaki berusia 44 tahun (dua dari kiri) dan remaja lelaki berusia 15 tahun (dua dari kanan) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Taiping pada Khamis.
Lelaki berusia 44 tahun (dua dari kiri) dan remaja lelaki berusia 15 tahun (dua dari kanan) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Taiping pada Khamis.
A
A
A

KUALA KANGSAR - [DIKEMAS KINI] Dua ahli keluarga yang ditahan bagi membantu siasatan kes seorang wanita orang kurang upaya (OKU) dibunuh di Kampung Cheh Kati di sini dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kangsar untuk mendapatkan perintah reman pada Khamis.

Perintah reman terhadap dua suspek berusia 15 dan 44 tahun itu dikeluarkan Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dijalankan.

Mahkamah membenarkan suspek berusia 44 tahun direman selama tujuh hari manakala suspek berusia 15 tahun selama dua hari bermula Khamis.

Suspek berusia 44 tahun tiba di mahkamah kira-kira jam 8.33 pagi, diikuti suspek berusia 15 tahun yang dibawa menaiki van polis.

ARTIKEL BERKAITAN:  Suri rumah ditemui mati dengan kesan tikaman

Suri rumah maut: Sempat beritahu suami kaki dicucuk dari bawah rumah, pisau ditemui di kebun

Suri rumah maut dibunuh: Suami, anak direman bantu siasatan

Suri rumah maut: Arwah sedang kopek ikan bilis sebelum ditusuk pisau

Artikel Berkaitan:

Lelaki berusia 44 tahun ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Taiping pada Khamis.
Lelaki berusia 44 tahun ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Taiping pada Khamis.

Semalam media melaporkan seorang wanita OKU ditemukan maut dengan kesan kecederaan dipercayai akibat tikaman di rumahnya di Kampung Cheh Hilir, Kati di sini pada Rabu.

Mangsa, Nor Ainon Omar, 49, ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di rumah kampung berkenaan yang didiaminya bersama suami dan tiga anak.

Remaja lelaki berusia 15 tahun ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Taiping pada Khamis.
Remaja lelaki berusia 15 tahun ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Taiping pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 2.38 petang selepas ahli keluarga menyedari mangsa berada dalam keadaan tertiarap, tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di ruang tamu rumah.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dengan suspek.

Polis turut menemui sebilah pisau yang disyaki digunakan sebagai senjata dalam kejadian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!