SHAH ALAM - TNB telah menggunakan 70 set janakuasa berkapasiti antara 500 kW hingga 1,000 kW untuk membekalkan elektrik ke negeri-negeri yang teruk dilanda banjir setakat jam 8 pagi ini.
 
45 set janakuasa tersebut kini berada di Pahang, 19 di Terengganu, lima di Perak dan satu di Kelantan, kata Pengurus Besar Kanan (Operasi Wilayah 2), Bahagian Pembahagian Tenaga Nasional Berhad (TNB) Abdul Aziz Abdul Majid, yang juga merangkap Ketua Koordinator Pengurusan Banjir TNB.
 
“Tambahan tiga lagi set janakusa sedang dalam proses untuk membekalkan elektrik di Kelantan.
 
“Kesemua set janakuasa ini dibekalkan  untuk kawasan-kawasan yang penting dan pusat perpindahan mangsa banjir yang boleh dilalui kenderaan,” jelasnya.  
 
Katanya, TNB juga sedang menghantar beberapa lagi set janakuasa lain samada milik TNB sendiri atau milik rakan-rakan niaga TNB ke kawasan yang terjejas, kataAbdul Aziz lagi.
 
“Selain itu 22 janakuasa mudah alih (portable generators) telah dibekalkan ke beberapa pusat-pusat perpindahan setakat ini.
 
“Pihak kami sedang mengumpulkan lagi janakuasa mudah alih dari beberapa negeri supaya lebih banyak lagi yang boleh dibekalkan," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.