MCMC mulakan tindakan undang-undang ke atas X, XAI dalam masa terdekat

Laporan Sinar Harian berhubung sekatan ke atas Grok AI.
Laporan Sinar Harian berhubung sekatan ke atas Grok AI.
A
A
A

CYBERJAYA- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Kementerian Komunikasi bakal memulakan tindakan undang-undang terhadap X Corp (X) dan dan xAI LLC berhubung kegagalan penyedia platfom itu terhadap keselamatan pengguna di Malaysia berkaitan penggunaan Grok.

Menerusi kenyataan pada Selasa, MCMC telah mengenal pasti penyalahgunaan Grok untuk menjana dan menyebarkan kandungan berbahaya termasuk kandungan lucah berunsur seksual secara eksplisit, tidak senonoh, jelik melampau, serta imej manipulasi tanpa persetujuan.

"Peguam cara telah dilantik dan prosiding undang-undang akan dimulakan dalam masa terdekat," katanya.

Ujar suruhanjaya itu, kandungan yang didakwa melibatkan wanita dan kanak-kanak merupakan perkara yang amat membimbangkan. Perlakuan sedemikian menyalahi undang-undang Malaysia dan menjejaskan komitmen keselamatan yang dinyatakan oleh entiti berkenaan.

Satu notis telah dikeluarkan terhadap X dan XAI pada 3 dan 8 Januari lalu untuk menghapuskan penghapusan kandungan yang menyalahi undang-undang, bagaimanapun kata MCMC, tiada tindakan pemulihan diambil oleh kedua-dua syarikat berkenaan.

"X dan xAI LLC boleh dipertanggungjawabkan walaupun kandungan tersebut dijana oleh pengguna," ujar MCMC.

Tegas MCMC, X dan XAI kekal mempunyai kawalan terhadap reka bentuk, pelaksanaan, mekanisme penyeliaan, serta langkah mitigasi risiko bagi Grok.

"Tanggungjawab tidak boleh diketepikan apabila perlindungan sistemik gagal berfungsi. MCMC juga mengambil maklum kegagalan X dan xAI LLC untuk menguatkuasakan dasar serta kawalan dalaman mereka sendiri.

"Kegagalan ini berkemungkinan telah memudahkan berlakunya aktiviti dalam talian yang menyalahi undang-undang di Malaysia," jelas MCMC.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu Sinar Harian melaporkan Malaysia mengenakan sekatan terhadap Grok berkuat kuasa Ahad lalu sekali gus menyebabkan pengguna gagal mengakses platform model kecerdasan buatan (AI) itu.

Ringkasan AI

  • CYBERJAYA- MCMC dengan kerjasama Kementerian Komunikasi akan mengambil tindakan undang-undang terhadap X Corp dan xAI LLC berkaitan keselamatan pengguna di Malaysia
  • MCMC telah mengenal pasti penyalahgunaan Grok untuk menjana dan menyebarkan kandungan berbahaya termasuk kandungan lucah
  • Proseding undang-undang akan dimulakan dalam masa terdekat
  • Kandungan berbahaya yang melibatkan wanita dan kanak-kanak sangat membimbangkan dan menyalahi undang-undang Malaysia
  • X dan xAI LLC dikritik kerana gagal menguatkuasakan dasar dan kawalan dalaman yang efektif, memudahkan aktiviti dalam talian yang menyalahi undang-undang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!