Imej pasport, MyKad baharu yang tular tidak sahih – KDN

SHAH ALAM - Imej reka bentuk pasport dan MyKad baharu yang tular di media sosial bukanlah imej rasmi dan tidak dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
KDN memaklumkan, rekaan visual itu tidak sahih dan tidak menggambarkan reka bentuk sebenar pasport atau MyKad baharu seperti yang didakwa.
"Segala maklumat rasmi berkaitan reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan pasport dan MyKad ini akan diumumkan oleh KDN melalui saluran komunikasi rasmi KDN dari semasa ke semasa.
"Orang ramai diingatkan untuk sentiasa mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah dan berautoriti bagi memastikan ketepatan serta kesahihan sesuatu maklumat," katanya pada Selasa.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail membuat pengumuman rasmi berkaitan perancangan pelaksanaan pasport dan MyKad baharu pada tahun ini dalam satu sidang media pada 8 Januari lalu.
Maklumat rasmi dan perkembangan terkini berkaitan perkara itu boleh diperoleh melalui saluran media rasmi serta laman sesawang KDN, jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan iaitu www.moha.gov.my (KDN), www.imi.gov.my (Jabatan Imigresen Malaysia) dan www.jpn.gov.my. (Jabatan Pendaftaran Negara).
Ringkasan AI
- Imej reka bentuk pasport dan MyKad baharu yang tular bukan dikeluarkan oleh KDN
- Rekaan visual tersebut tidak sahih dan tidak menggambarkan reka bentuk sebenar
- KDN akan mengumumkan maklumat rasmi berkaitan reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan melalui saluran komunikasi rasmi
- Orang ramai diingatkan untuk mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah
- Maklumat rasmi dan perkembangan terkini boleh diperoleh melalui laman sesawang rasmi KDN, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!


