ALOR SETAR - Majlis tahlil sempena kemangkatan Sultan Kedah Almarhum  Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah diadakan di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit di sini, malam ini.

Majlis itu, yang bermula pada 9 malam, dipimpin Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang selepas selesai solat Isyak berjemaah yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Zahir  Datuk Syeikh Roslan Abdul Halim.

Tunku Bendahara Kedah Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani,  Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim dan Tunku Laksamana Kedah Datuk Tengku Sarafuddin Badlishah Tunku Salehuddin berangkat menghadiri majlis itu.

Turut hadir adalah barisan Exco kerajaan negeri dan seramai 200 pelajar Mahad Tahfiz As- Shatire  Sungai Dedap, Yan.

Majlis tahlil itu diadakan selama tujuh malam berturut-turut bermula semalam.

Almarhum Sultan Abdul Halim mangkat di Istana Anak Bukit pada 2.30 petang semalam. Baginda berusia 89 tahun.

Jenazah Almarhum dimakamkan di Makam Diraja Langgar kira-kira 4 petang tadi.

Almarhum memerintah Kedah selama 59 tahun.

Selain disayangi rakyat kerana sikapnya yang lemah lembut dan berjiwa rakyat, Almarhum Sultan Abdul Halim mencatat sejarah dengan menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-5  dari 21 September 1970 hinggga 20 September 1975 dan Yang di-Pertuan Agong Ke-14  dari 13 Disember 2011 hingga 13 Disember 2016. – Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ALOR SETAR - Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Bijaya Indera, Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah menafikan khabar angin yang tersebar di aplikasi WhatsApp dan Facebook kononnya Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sedang gering.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.