SHAH ALAM - Sultan Selangor,  Sultan Sharafuddin Idris Shah merakamkan takziah kepada seluruh ahli keluarga pelajar-pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Hujung yang terlibat dalam insiden kebakaran, awal pagi tadi.

Istana Mestika menerusi satu kenyataan memaklumkan, baginda serta Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin sangat dukacita selepas dimaklumkan mengenai berita tersebut.

"Baginda sangat sedih selepas mengetahui berlaku kehilangan nyawa melibatkan pelajar-pelajar itu dalam tragedi yang disifatkan sangat menyayat hati.

"Baginda dan isteri mendoakan agar keluarga kepada semua mangsa diberi ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini, " katanya kenyataan itu.

Seramai 21 pelajar serta dua warden terkorban dalam insiden itu. 

 

 

  

 

 

 

 

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng Datuk Ishak Ismail yang meninggal dunia malam tadi.
  • KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga veteran Umno Datuk Siti Rahmah Kassim yang meninggal dunia pagi tadi.
  • SHAH ALAM - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, turut menzahirkan rasa dukacita dan salam takziah di atas berita pemergian Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem pada tengah hari tadi.
  • KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Tan Sri SM Salim akan dikenang kerana sumbangannya dalam menyuburkan dunia seni tanah air dan warisan dunia Melayu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.