'Ramai bagi alasan sibuk kerja, lupa perbaharui cukai jalan'


JPJ melaksanakan Op HRA 2024 bermula 1 hingga 20 April lalu.
JPJ melaksanakan Op HRA 2024 bermula 1 hingga 20 April lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Sibuk bekerja dan terlupa baharui cukai jalan menjadi alasan utama diberi pengguna jalan raya selepas ditahan sepanjang Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024 di Selangor.

Operasi membabitkan pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor itu dijalankan bermula 1 hingga 20 April lalu.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, sepanjang operasi itu, sebanyak 17,966 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Menurutnya, JPJ Selangor turut bertindak menyita 622 kenderaan pelbagai jenis termasuk motosikal.

Azrin
Azrin

"Kesalahan teknikal adalah paling tinggi dengan 31 peratus kes, diikuti cukai jalan tamat tempoh (30 peratus) dan tiada lesen memandu (24 peratus).

"Alasan yang sering diberikan penunggang atau pemandu kenderaan semasa dikenakan tindakan ialah tiada masa untuk belajar memandu kerana kesibukan bekerja selain terlupa untuk perbaharui lesen memandu dan cukai jalan," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:


Operasi memfokuskan pemeriksaan secara keseluruhan bagi semua jenis kenderaan.
Operasi memfokuskan pemeriksaan secara keseluruhan bagi semua jenis kenderaan.

Beliau berkata, operasi yang diketuai Ketua Seksyen Operasi JPJ Selangor, Muzlefa Kamarudin memfokuskan pemeriksaan secara keseluruhan bagi semua jenis kenderaan, program advokasi keselamatan jalan raya dan rondaan sepanjang musim perayaan.

Katanya, sembilan kesalahan utama yang diberi perhatian sepanjang operasi ialah tidak mematuhi isyarat lalu lintas merah, memotong garisan berkembar, tidak mematuhi had laju, memandu di lorong kecemasan, memotong barisan, menggunakan telefon bimbit, tidak memakai tali pinggang atau topi keledar, memandu kenderaan berat di lorong laju serta lebih muatan.


JPJ Selangor menyita 622 kenderaan termasuk motosikal dalam Op HRA 2024 bermula 1 hingga 20 April lalu.
JPJ Selangor menyita 622 kenderaan termasuk motosikal dalam Op HRA 2024 bermula 1 hingga 20 April lalu.

"JPJ Selangor akan menjalankan penguatkuasaan secara berterusan ke atas semua jenis kenderaan dan advokasi kepada pengguna jalan raya bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya," ujarnya.

Tambah Azrin, sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau melalui platform aplikasi e-aduan@JPJ berserta butiran pengadu dan butiran aduan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!