Pelajar perempuan cedera kereta dipandu ibu kemalangan

Seorang pelajar perempuan cedera manakala ibunya patah tangan kanan selepas kereta dinaiki bertembung dengan kenderaan lain dalam perjalanan ke sekolah di Jalan Tehel-Bemban, di sini pagi Jumaat.
Seorang pelajar perempuan cedera manakala ibunya patah tangan kanan selepas kereta dinaiki bertembung dengan kenderaan lain dalam perjalanan ke sekolah di Jalan Tehel-Bemban, di sini pagi Jumaat.
A
A
A

JASIN - Seorang pelajar perempuan berdepan detik cemas selepas kereta dinaiki bertembung dengan kenderaan lain dalam perjalanan ke sekolah di Jalan Tehel-Bemban, di sini pagi Jumaat.

Kejadian lebih kurang jam 6.45 pagi itu menyebabkan mangsa, N Deepthikka,13, yang merupakan pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di Banda Hilir cedera pada bahagian mata kiri, manakala ibunya, G Jamunarani, 41, yang memandu kereta jenis Nissan Sentra patah tangan kanan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, siasatan awal mendapati dua beranak itu dalam perjalanan dari Bemban, Jasin menghala ke bandar Melaka untuk menuju ke sekolah.

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian, sebuah kereta jenis Nissan Almera dipandu lelaki berusia 22 tahun dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan di selekoh sebelum masuk ke laluan kereta mangsa.

"Insiden itu mengakibatkan kesemua mangsa mengalami kecederaan sementara pemandu lelaki yang bekerja di kedai makan pula mengalami sakit dada," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Ujarnya, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Jasin untuk menerima rawatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: