PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak sedang mengesan dua lelaki pemegang kad Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) warga Myanmar iaitu John @ Than Zin Woo dan Musa Ali bagi membantu siasatannya.

Menurut kenyataan SPRM hari ini, John yang bekerja sendiri serta memegang kad UNHCR bernombor 354-09C04215 dikesan mempunyai alamat terakhir di Rumah Kedai Simpang Empat, Taman Merah, Butterworth, Pulau Pinang.

Musa yang juga bekerja sendiri dan memegang Kad UNHCR bernombor 354-14C05108 dikesan mempunyai alamat terakhir di No 177, Jalan Burma, Pulau Pinang, menurut kenyataan itu.

SPRM meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua individu itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat SPRM, Mohamad Faizul Zainal Abidin di talian 012-5385355 atau Pegawai Penyiasat SPRM, Alma Albani di 019-5957889 atau menghubungi SPRM Perak di talian 05-5267000/05-5261227.

Menurut kenyataan yang sama, SPRM Kelantan turut mengesan seorang lelaki warga tempatan iaitu Norshah Abdul Rahman bagi membantu siasatannya.

Norshah, 43, peniaga kedai runcit dengan MyKad bernombor 741014-03-5369 dikesan mempunyai dua alamat terakhir di Blok B 143, Taman Makmur Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan dan Kampung Padang Lembek, Ketereh, Kota Bharu, Kelantan.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenainya boleh menghubungi Pegawai Penyiasat SPRM, Chaiyuth a/l Fun Pon di talian 012-4154845 atau SPRM Kelantan di talian 09-7661800. – Bernama

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JOHOR BAHRU - Kesedaran masyarakat terhadap pencegahan rasuah dan salah guna kuasa dilihat semakin meningkat berikutan peningkatan pemberi maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kebelakangan ini.
  • MELAKA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bekerjasama dengan Pertubuhan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mengesan 10 saksi penting bagi membantu menyelesaikan siasatan terhadap sindiket judi haram melibatkan amalan rasuah dan salah guna kuasa di Melaka.
  • PORT DICKSON - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan suspek utama kes pertikaian pemilikan dan penjualan tanah ladang di Kampung Serampang Indah atau sebelum ini dikenali sebagai Ladang Gatco Jempol yang berlaku sejak 1977.
  • PUTRAJAYA - Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman ke atas empat individu termasuk seorang ketua eksekutif bergelar 'Datuk' yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rabu berkaitan kes penyelewengan dana kerajaan bernilai hampir RM40 juta.
  • KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menghantar permohonan ke Pejabat Peguam Negara bagi mendapatkan persetujuan untuk mengambil tindakan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang enggan memohon maaf atas kenyataannya berunsur fitnah.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.