85 saman dalam tempoh 5 jam Op Samseng Jalanan

Pemandu kereta yang ditahan kerana menguji kelajuan di jalan awam.
Pemandu kereta yang ditahan kerana menguji kelajuan di jalan awam.
A
A
A

KOTA BHARU - Polis mengeluarkan 85 saman kepada pemandu dan penunggang yang melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Op Samseng Jalanan di Pasir Tumboh dan Peringat, di sini, pada Jumaat.

Operasi dijalankan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu bermula jam 12 tengah malam hingga 5 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, polis memeriksa

sebanyak 63 kenderaan melibatkan motosikal dan kereta dalam operasi terbabit.

Menurut beliau, tiga lelaki turut ditahan melibatkan dua penunggang motosikal dan seorang pemandu kereta.

“85 saman dikeluarkan kepada pemandu dan penunggang gagal mematuhi undang-undang termasuk pengubahsuaian ekzos serta tidak ada lesen memandu.

Seorang penunggang motosikal yang turut ditahan kerana melakukan kesalahan lalu lintas.
Seorang penunggang motosikal yang turut ditahan kerana melakukan kesalahan lalu lintas.

“Seorang pemandu kereta berusia berusia 39 tahun dan penunggang motosikal berusia 19 tahun ditahan kerana melakukan aksi yang mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalanraya (menguji kelajuan) di jalan awam,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, di sini, pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, seorang lagi penunggang motosikal berusia 33 tahun ditahan kerana memiliki pil kuda semasa diperiksa pihak polis.

“Polis mengadakan Op Samseng Jalanan ini bagi mencegah kegiatan aktiviti permotoran kerana mengganggu ketenteraman awam waktu malam termasuk pemanduan yang berbahaya kepada diri sendiri juga pengguna jalan raya.

“Operasi diketuai oleh seorang Pegawai Kanan Polis dan 16 anggota BSPTD Kota Bharu serta turut menyita sebuah kereta juga dua motosikal,” katanya.

Tambah beliau, sitaan dibuat mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk siasatan lanjut.

Pil kuda yang dirampas daripada seorang penunggang motosikal.
Pil kuda yang dirampas daripada seorang penunggang motosikal.

“Bagi kesalahan memandu dengan aksi yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya (menguji kelajuan) di jalan awam tersebut disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Mereka ditahan reman di lokap polis sehingga 28 April ini dan berdepan hukuman penjara maksimum lima

tahun dan denda minimum RM5,000 hingga RM15,000 serta hilang kelayakan memandu tidak kurang dari 2 tahun, jika sabit kesalahan,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!