BUTTERWORTH - Kenderaan SPRM dilihat masuk ke taman perumahan yang didiami Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh petang tadi.

Boon Poh turut dilihat berada dalam kenderaan SPRM ketika masuk ke taman perumahannya di Sungai Puyu, Bagan.

Kenderaan dilihat bergerak masuk kira-kira jam 5.35 dan kemudiannya bergerak keluar kira-kira 7.05 petang.

SPRM dipercayai pergi ke rumah Boon Poh untuk mencari dokumen berkaitan isu sebuah kilang haram memproses abu kayu di Kampung Sungai Lembu, Permatang Pauh yang diserbu semalam.

Terdahulu, Phee Boon Poh ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang kira-kira jam 3 petang tadi.

Beliau yang juga Adun Sungai Puyu ditahan ketika sedang memberi keterangan berhubung isu sebuah kilang haram memproses abu kayu ri Kampung Sungai Lembu, Permatang Pauh yang diserbu semalam.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa melakukan sikap dwi-standard dalam isu projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
  • KAJANG - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan yang dibuat Naib Presiden Warisan, Peter Anthony berhubung ditanya tentang kekuatan parti itu ketika ditahan reman SPRM.
  • KAJANG - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneruskan serbuan di beberapa lagi lokasi di Pulau Pinang berhubung isu siasatan projek terowong dasar laut bernilai RM15 bilion.
  • GEORGETOWN - Siasatan SPRM berhubung kajian terowong dasar laut di Pulau Pinang kini melibatkan proses pembidaan yang dijalankan untuk melantik syarikat bagi tujuan menjalankan kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut itu.
  • KUALA LUMPUR - Sembilan individu termasuk seorang pegawai teknik Telekom Malaysia (TM) yang dipercayai terlibat dalam kegiatan rasuah dan salah guna kuasa antara tahun 2016 dan Mac 2017 direman selama lima hari.