JOHOR BAHRU – Seorang anak kenamaan bersama seorang lagi rakannya dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap peninju negara, Muhamad Farkhan Mohd Haron, 24.

Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir, 27, dan Alex Foo Hee Wee, 41, bersama empat lagi yang masih bebas dituduh sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Muhamad Farkhan pada 6 Mei lalu.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu pada tarikh berkenaan antara jam 4.30 pagi hingga 7 pagi di Jalan Molek 3/2, Taman Molek di sini, dengan menggunakan senjata tumpul.

Kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam Mohamad Isa Mohamad Basir kelihatan tenang ketika dibawa masuk ke kamar pertuduhan dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadap mereka.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Dzul Iswari Mohd Jaafar mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Sementara itu, Hakim Zamri Bakar menetapkan tarikh 12 Julai ini sebagai sebutan semula kes dan jaminan sebanyak RM12,000 bagi setiap tertuduh.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim 6 Johor Bahru (DM6) menyelamatkan seorang kru kapal warga Filipina yang dipercayai terminum cecair penghakis (thinner) ketika berada di perairan 4.7 batu nautika, Barat Daya Tanjung Piai, dekat sini pagi tadi.
  • JOHOR BAHRU - Pasukan Polis Marin Wilayah 2 (PPMW2) mematahkan cubaan 16 migran yang dipercayai ingin pulang ke negara jiran melalui laluan haram dalam satu operasi yang dilakukan berhampiran pantai Pulau Hijau, Bandar Penawar Kota Tinggi, malam tadi.
  • JOHOR BAHRU - Seorang ibu tunggal dijatuhkan hukuman penjara 75 tahun oleh mahkamah sesyen, di sini, sebentar tadi selepas mengaku bersalah melacurkan dua anak kandungnya kepada warga asing, Oktober lalu.
  • JOHOR BAHRU - Sebuah syarikat import-eksport bahan sejuk beku didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini hari ini atas kesalahan mengimport tiga kontena karkas potongan ayam sejuk beku tanpa permit, Oktober tahun lalu.
  • JOHOR BAHRU - Padah cuma merasuah anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), dua tekong warganegara Vietnam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor Cawangan Kluang, di sini, semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.