KUALA LUMPUR - Salah seorang saksi kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyah, Keramat Ujung, pagi tadi mendakwa mendengar tiga letupan dari dalam tingkat atas bangunan menempatkan asrama pelajar-pelajar di situ.

Hazen, 69, berkata, kejadian disedari kira-kira jam 5 pagi, dan sebaik sahaja keluar dari rumahnya api sudah mula memenuhi bahagian dalam asrama.

"Saya dengar laungan minta tolong puluhan suara pelajar. Kami cuba tolong tapi pintu pagar besi berkunci.

"Dalam tempoh itu, tiga letupan berlaku dan suara meminta tolong mangsa yang terperangkap berhenti sebaik sahaja berlaku letupan terakhir," katanya.

Dalam kejadian itu beberapa pelajar lain sempat menyelamatkan diri dengan terjun dari tingkat atas, namun terdapat pelajar yang cedera termasuk melecur teruk.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada Ketua Pemuda MCA Tanjong Lim Swee Bok atas kematian empat anggota keluarganya dalam kebakaran di rumah mereka di Pangkalan Weld, Pulau Pinang hari ini.
  • GEORGETOWN - Empat dipercayai sekeluarga termasuk dua kanak-kanak ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran rumah jenis kluster dua tingkat di Pintasan Cecil 5, Pengkalan Weld, di sini awal pagi ini.
  • PORT DICKSON - Seramai 120 warga asing pekerja kontrsak binaan terselamat dalam kejadian kebakaran rumah kongsi mereka di Kampung Paya awal pagi tadi.
  • IPOH - Seorang warga emas ditemui rentung manakala dua lagi melecur dan sesak nafas dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Jalan Bengkok, Kampung Baru Buntong, di sini, awal pagi tadi.
  • KUALA LUMPUR - Seorang warga emas ditemui maut manakala tiga mangsa lagi kini kritikal dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat di Jalan Maarof, Bangsar, di sini awal pagi tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.