KOTA BHARU – Tindakan bekas tentera menjadikan anak saudara yang berusia lapan tahun sebagai tempat pemuas nafsunya dibalas dengan hukuman penjara 34 tahun dan 23 sebatan di mahkamah sesyen, di sini, tadi.

Hukuman diputuskan Hakim, Nazri Ismail selepas tertuduh yang berasal dari Kampung Redang, Gunong Bachok, didapati bersalah di akhir kes pembelaan.

Nazri dalam keputusan itu berkata, pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah dalam hujahannya,  manakala pembelaan tertuduh hanya penafian semata-mata.

“Kamu dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan 15 sebatan bagi tuduhan pindaan pertama, manakala penjara 10 tahun dan lapan sebatan bagi tuduhan kedua yang berkuat kuasa selepas selesai hukuman pertama,” katanya.  

Tertuduh didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Kampung Redang, Bachok, pada jam 6 petang, 30 Oktober 2015. Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan kelucahan melampau pada jam 6 petang, 5 November 2015.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Siti Hajar Alias, manakala tertuduh yang mempunyai isteri serta tiga anak terbabit tidak diwakili peguam.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Seorang duda anak dua tidak mengaku salah atas tuduhan merogol kekasih bawah umurnya di mahkamah sesyen, di sini, hari ini.
  • KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menambah hukuman penjara terhadap empat remaja berusia 16 dan 17 tahun daripada lima hari kepada masing-masing lima tahun dan 10 tahun atas kesalahan merogol berkumpulan terhadap seorang gadis berusia 13 tahun, tahun lepas.
  • KOTA BHARU - Seorang warga emas dihukum penjara 24 tahun dan 48 sebatan di mahkamah sesyen, di sini, tadi kerana merogol anak kandungnya tiga malam berturut-turut.
  • KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memberi kebenaran terhadap gerakan Islamic Renaissance Front (IRF) untuk memulakan semakan kehakiman berhubung tindakan pengharaman tiga buku terbitannya oleh Menteri Dalam Negeri.
  • KUALA TERENGGANU - Seorang tauke bot Vietnam dijatuhi hukuman enam bulan penjara dan denda RM500,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di sini, hari ini atas tuduhan memberi suapan RM100,000 kepada Pengarah Pangkalan Maritim Kemaman, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim).