PUTRAJAYA - Kementerian Luar (Wisma Putra) mengesahkan 10 orang rakyat terbabit dalam kebakaran di Clifton, Christchurch, New Zealand pada Ahad.

Wisma Putra berkata dua orang daripada mereka dikejarkan ke Hospital Umum  Christchurch untuk menerima rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Ia berkata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington sedang memantau keadaan mereka dan akan menghulurkan bantuan yang perlu.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular di New Zealand boleh menghubungi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington di alamat

High Commission of Malaysia, Wellington

10 Washington Avenue, Brooklyn,

P.O. Box 9422, Wellington 6141

New Zealand

Tel:+64-4-385 2439 / +64-4-801 5659

atau e-mel mwwellington@kln.gov.my

Kementerian Luar turut menyampaikan simpati kepada mangsa kebakaran.

Kebakaran turut memusnahkan rumah Airbnb yang disewa sekumpulan pelancong Malaysia yang turut berusaha memadam kebakaran yang bermula kira-kira 8.30 malam itu.

Dilaporkan api memusnahkan rumah kayu tiga tingkat di Clifton Terrace di tepi pantai di pinggir Sumner. Enam orang dibawa ke hospital dengan empat orang daripada mereka mengalami kecederaan sederhana dan dua kecederaan ringan. –Bernama

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Hari ini genap seminggu kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalam Keramat hujung di sini. Tragedi yang meragut 23 nyawa Khamis lepas masih menghantui fikiran anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang terlibat dalam operasi menyelamat dan penduduk setempat yang berusaha membantu.
  • PUTRAJAYA - Empat daripada tujuh sampel yang diambil di hadapan pintu masuk asrama Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah, Jalan Keramat Hujung di ibu negara yang terbakar minggu lalu mengandungi residu cecair mudah menyala jenis petrol.
  • PUTRAJAYA - Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata nasib tujuh remaja yang disyaki membakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di ibu negara hanya akan diketahui selepas semua proses siasatan kes itu selesai.
  • KUALA LUMPUR - Empat pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini yang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) susulan kebakaran pusat itu Khamis lepas kini dilapor berada dalam keadaan stabil.
  • KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengarahkan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) memberikan perkhidmatan pembaikan pendawaian elektrik secara percuma kepada pusat tahfiz berdekatan institut itu di seluruh negara.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.