Auta

Tersebar di laman sosial rakaman CCTV seorang  kanak-kanak  diculik  di pusat beli-belah Tesco Shah Alam.

Dalam video berdurasi 15 saat, mangsa dikenali  sebagai Evelyn diculik oleh beberapa individu tidak dikenali ketika sedang berjalan bersama ibunya.

Fakta

Polis menafikan berlakunya kes penculikan seorang kanak-kanak di pusat beli-belah Tesco, dekat sini, yang menjadi viral sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, pihaknya memandang serius terhadap individu yang menyebarkan berita palsu itu.

“Saya ingin tegaskan bahawa tidak ada kes ini berlaku di sini.

“Ini adalah tindakan individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita tidak benar dan mengikut tanggapan, andaian dan rekaan sendiri,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya usah menyebarkan cerita yang tidak sah kerana ianya boleh menyebabkan kegusaran masyarakat.  Katanya, kes itu merujuk kes sebenar yang berlaku di Indonesia.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi akaun Facebook dan disahkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), memaklumkan tidak ada kod sekuriti dengan cara memasukkan nombor pin terbalik pernah diwujudkan bagi menjamin keselamatan pengguna mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
  • TERSEBAR viral di laman sosial mengatakan terdapat taktik terbaru penjenayah untuk merompak rumah tertentu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.