KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dilaporkan sedang mengesan Ibrahim Mat Zin atau dikenali sebagai `Raja Bomoh'.

Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi akaun Twitternya hari ini.

"Jawi dan PDRM sedang berusaha menjejaki Bomoh (Ibrahim) sejak Isnin lagi untuk menangkap dan mendakwa beliau yang merosakkan imej Islam," katanya.

Terbaharu, Asyraf mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan upacara dilakukan Ibrahim yang dikatakan 'memagar' Malaysia daripada ancaman negara asing khususnya Korea Utara.

Ini kerana menurutnya, perbuatan menularkan ritual oleh lelaki berasal dari Teluk Intan, Perak, itu secara tidak langsung mempromosikan individu itu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Henti tular ritual 'Raja Bomoh']

Katanya, usaha mengesan  Raja Bomoh dijalankan sejak beliau giat menjalankan upacara 'memagar' negara ini daripada ancaman negara asing khususnya Korea Utara.

Perbuatannya itu dikatakan telah merosakkan imej agama Islam.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - 'Raja Bomoh' atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan atas pertuduhan menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina.
  • MELAKA - Ibrahim Mat Zin atau dikenali sebagai Raja Bomoh akan dipanggil dalam masa terdekat bagi memberi keterangan berhubung upacara perbomohan yang dikatakannya 'memagar' Malaysia daripada ancaman negara asing khusus Korea Utara.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.