KIEV - UKRAINE. Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang membawa 295 penumpang didakwa ditembak ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di sempadan timur Ukraine, malam tadi (waktu tempatan).

Agensi berita Rusia Interfax-Ukraine melaporkan Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Herashchenko sebagai berkata, seramai 280 penumpang dan 15 kru maut dalam kejadian itu.

Sementara itu, menurut twitter MAS, pesawat berkenaan terputus hubungan ketika berada di ruang udara Ukraine.

Laporan AFP pula mengatakan pesawat Boeing 777 itu dipercayai ditembak dari darat berhampiran bandar Shaktarsk dalam wilayah pemberontakan Donetsk.

“Pesawat itu hilang daripada radar pada ketinggian 10,000 meter,” kata laporan itu.

Laporan turut memetik, kejadian mempunyai kaitan dengan pemberontak dan krisis politik di negara itu.

Berita itu disahkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) selepas menerima laporan dari Ukraine.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam twitter jam 12.06 minit malam tadi berkata:“Saya terkejut dengan laporan sebuah kapal MH terhempas. Kami melancarkan siasatan serta-merta.”

Reuters melaporkan, wakilnya di kawasan itu mengesahkan melihat serpihan MH17 dan mayat.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KIEV - UKRAINE. Ketua agensi penguatkuasaan undang-undang Ukraine dan Belanda mengadakan pertemuan di sini pada Isnin bagi membincangkan kerjasama antara kedua-dua negara berhubung siasatan nahas pesawat MH17, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Pejabat Pendakwa Raya Ukraine.
  • KIEV - UKRAINE. Pasukan penyiasat Malaysia mengenai pesawat Malaysia Airlines MH17 yang terhempas...
  • KIEV - UKRAINE. Tiada wang tebusan atau sebarang bayaran lain dibayar sepanjang rundingan tiga hari antara pasukan penyiasatan khas Malaysia dengan kumpulan pemisah, Republik Rakyat Donetsk,...
  • KIEV - Selepas kelewatan tiga hari, tiga penyiasat bertauliah dari Malaysia dijangka tiba di kawasan nahas pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 di Torez, timur Ukraine pada Selasa.
  • KIEV - UKRAINE. Pasukan siasatan khas Malaysia mengadakan solat hajat bagi memperoleh laluan mudah untuk memasuki kawasan pesawat MH17 terhempas di timur Ukraine.