KUALA LUMPUR - Pesawat Malaysia Airlines yang sedang dalam perjalanan ke Beijing dengan membawa 227 penumpang termasuk dua bayi bersama 12 kru dilaporkan hilang semasa dalam penerbangan ke Beijing.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan mengesahkan pesawat itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi ini.

MAS berkata penerbangan MH370, yang dikendalikan pesawat B777-200 berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac.

Penerbangan MH370 itu dijangka mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Malaysia Airlines sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang telah mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat untuk mengesan pesawat itu.

Syarikat penerbangan itu akan menyediakan perkembangan terkini berhubung keadaan itu.

Orang ramai boleh menghubungi talian 03 7884 1234 untuk maklumat lanjut. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat punca nahas pesawat pejuang Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berlaku di kawasan hutan paya Chukai, Kemaman pada 2.30 petang, semalam, yang mengorbankan Mejar Hasri Zahari, 31, dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39.
  • KUANTAN - Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menafikan bangkai pesawat Hawk 108 yang terlibat dengan nahas pagi tadi telah dijumpai seperti yang tersebar di media sosial.
  • KEMAMAN - Pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Hawk 108 dilihat terbang rendah di kawasan Kampung Yak Yah, Ibok, di sini, sebelum dilihat berasap.
  • KUALA LUMPUR - Berikut kronologi insiden melibatkan pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk yang terhempas dan mendarat cemas sejak 1991.
  • MELBOURNE - AUSTRALIA. Lelaki warga Sri Lanka yang menetap di Australia didakwa di sebuah mahkamah di sini pada Jumaat atas kesalahan mengancam untuk meletupkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH128, lapor agensi berita China Xinhua.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.