HULU TERENGGANU - “Ketika berada di kawasan sekitar batu itu, saya laungkan azan lalu menyeru nama Ahmad Rafikin beberapa kali. Dengan izin ALLAH SWT,  saya terlihat satu objek di celah batu dan rupanya ia adalah tangan mangsa,” kata Mohd Johari Abu Bakar.

Mohd Johari yang juga Ketua Pemuda Umno Terengganu merupakan individu pertama menemui Ahmad Rafikin Azman, 16, kira-kira jam 3.30 petang tadi ketika menyertai operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Menurut Johari, beliau bersama sekumpulan pasukan pencari memulakan operasi hari ke-4 itu kira-kira jam 10.30 pagi dan nalurinya kuat mengatakan Ahmad Rafikin berada di sekitar kawasan batu yang terletak tidak berapa jauh daripada kasut mangsa ditemui petang semalam.

“Sebelum berjaya menemui mangsa, saya berada di kawasan itu bersama tiga individu lain. Hati saya kuat mengandaikan Ahmad Rafikin ada di situ dan ternyata ia tepat apabila ternampak satu objek seolah-olah tangan seseorang di celah batu,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superitendan Mohd Rosli Mohd Amir  mengesahkan penemuan berkenaan dan mayat mangsa dibawa keluar oleh pasukan keselamatan sebelum tiba berhampiran bilik gerakan operasi jam  6.40 petang.

“Berdasarkan laporan diterima mayat mangsa berjaya ditemui di celah batu. Punca sebenar kejadian masih belum disahkan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk pemeriksaan lanjut,” ujarnya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KLANG - Seorang lelaki warga Nepal hilang dikhuatiri lemas ketika mandi berdekatan Restoran Muara Ikan Bakar, Tanjung Harapan, pagi tadi.
  • BAGAN DATUK - Seorang pelajar berusia 12 tahun maut setelah terkena pisau sawit di dadanya di sebuah kebun kelapa sawit di Sungai Tiang Darat petang semalam.
  • KOTA KINABALU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Wilayah Sabah dan Labuan memohon bantuan Komuniti Maritim di sekitar perairan Pulau Tiga, Sabah untuk mengesan seorang pemancing bersama sebuah bot pam yang dilaporkan hilang ketika keluar memancing sejak petang 9 Januari lalu.
  • RAUB - Seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun dilaporkan hilang selepas dipercayai dilarikan seorang lelaki mengaku anggota polis di rumahnya di Ulu Gali, Sungai Ruan, Raub, semalam.
  • KUCHING - Seorang pakar patologi dari Mesir yang berkhidmat di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, yang dilaporkan hilang sejak 12 Disember lepas, dipercayai selamat dan masih berada di negara ini.