IPOH - Jumlah mangsa banjir di Perak kekal 196 orang setakat pukul 5 petang tadi, demikian menurut info Portal Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Seramai 183 orang daripada 51 keluarga masih berada di Sekolah Rendah Agama Rakyat Padang Serai di daerah Manjung manakala 13 mangsa daripada empat keluarga ditempatkan di Surau Padang Serai Dalam di daerah Larut Matang dan Selama. 

Sebelum ini, jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata banjir di kedua-dua kawasan sejak beberapa hari lalu dikenali sebagai 'banjir termenung'.

Ia berikutan air bertakung tidak dapat mengalir ke sungai kerana paras tanah lebih rendah daripada paras air selain keadaan tanah tepu menyebabkan air tidak menyerap ke tanah. - Bernama 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA PILAH - Hanya mengambil masa kurang seminit. Pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah berjaya menyelamatkan dua mangsa yang terperangkap di dalam sebuah kereta yang dihanyutkan arus deras pada jam 4.30 pagi tadi.
  • GEORGETOWN - Lebih 10 kawasan di Pulau Pinang ditengelami air selepas hujan lebat dan angin kencang yang berlarutan sejak jam 7 malam tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.