Polis tahan empat lelaki, rampas 22,000 karton minuman keras

Polis menahan empat lelaki termasuk seorang warga asing serta merampas 22,000 karton minuman keras pelbagai jenama dipercayai diseludup, dalam serbuan di Jalan Feri Lama, Mukah semalam. - Gambar hiasan
Polis menahan empat lelaki termasuk seorang warga asing serta merampas 22,000 karton minuman keras pelbagai jenama dipercayai diseludup, dalam serbuan di Jalan Feri Lama, Mukah semalam. - Gambar hiasan
A
A
A

SIBU - Polis menahan empat lelaki termasuk seorang warga asing serta merampas 22,000 karton minuman keras pelbagai jenama dipercayai diseludup, dalam serbuan di Jalan Feri Lama, Mukah, kira-kira 7.30 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintenden Muhammad Rizal Alias dalam satu kenyataan berkata, suspek berusia lingkungan 43 hingga 59 tahun itu direman enam hari bermula esok.

Beliau berkata, kesemua suspek gagal mengemukakan dokumen yang sah dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan minuman keras berkenaan disimpan dalam 10 kontena dipercayai bagi mengelak cukai.

"Turut dirampas ialah sebuah tongkang, dua lori treler, 10 kontena dan satu kren kapal dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM11,327,200.

"Kesemua suspek dan barangan rampasan dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya.

Rizal berkata, tangkapan dan rampasan itu merupakan yang terbesar setakat tahun ini di Mukah.

Menurutnya, minuman keras tersebut berasal dari negara luar dan dihantar ke Mukah untuk diedarkan di pasaran tempatan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: