Kes pemerasan RM1.25 juta: Inspektor, Sarjan pula ditahan

Razarudin
Razarudin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua individu masing-masing berpangkat Inspektor dan Sarjan antara tangkapan terbaharu dijalankan melibatkan kes pemerasan berjumlah RM1.25 juta.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kedua-dua individu berkenaan kini ditahan untuk siasatan lanjut berkaitan kes terbabit.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan secara lanjut butiran berkaitan tangkapan berkenaan.

"Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan, dan tangkapan terkini melibatkan pegawai kanan dan anggota.

"Tangkapan kedua-dua individu terbabit iaitu Inspektor dan Sarjan berkenaan menjadikan lima individu yang ditahan setakat ini," katanya pada Sabtu.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan, polis telah membuka kertas siasatan dan membuat tangkapan terhadap tiga pegawai kanan polis berhubung kes pemerasan berjumlah RM1.25 juta itu.

Razarudin menjelaskan tangkapan dilakukan terhadap pegawai kanan polis berpangkat Asisten Komisioner, Deputi Superintenden serta Inspektor yang berusia lingkungan 38 hingga 50 tahun di sekitar Jalan Tun Razak, dekat sini.

Tambah beliau, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Undang-Undang/Pendakwaan (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!