KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan bekas Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan serta bekas ahli Wanita Umno Langkawi, Anina Saadudin memfailkan saman terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan salah laku dalam pentadbiran negara.

Saman tersebut difailkan menerusi Tetuan Haniff Khatri di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Menerusi penyata tuntutan, Mahathir, Khairuddin dan Anina masing-masing selaku plaintif pertama hingga ketiga mendakwa defendan, Najib  dengan sengaja menganggu siasatan terhadap dakwaan kewangan berkenaan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan syarikat- syarikat  berkaitan.

Plaintif-plaintif  mendakwa Najib menggunakan menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, Pengerusi BN dan Presiden Umno bagi melakukan salah laku berkenaan.

AKAN MENYUSUL

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin gagal meneruskan rayuan untuk mengetepikan keputusan mahkamah tinggi yang memerintahkannya membayar RM150,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana membuat kenyataan fitnah 10 tahun lalu.
  • KUALA LUMPUR - Keputusan permohonan Setiausaha dan Speaker Dewan Rakyat bagi membatalkan saman Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Hee Loy Sian kerana menolak dua soalan yang dikemukakan berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Parlimen akan diketahui 19 Februari depan.
  • KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan tiga hari bermula 24 April untuk perbicaraan kes saman fitnah difailkan Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap bekas presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik berhubung kenyataan berbaur fitnah terhadap perdana menteri itu yang disiarkan dalam sebuah artikel, tiga tahun lepas.
  • KUALA LUMPUR - Sebanyak 21,613 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas pelbagai kesalahan dalam Ops Patuh yang dijalankan di seluruh negara bagi tempoh Januari sehingga 30 Disember 2017.
  • KUALA LUMPUR - Sebanyak 327 saman dikeluarkan ke atas penunggang motosikal dan pemandu kereta pada Op Tutup yang dijalankan di beberapa lokasi bagi mengekang kegiatan samseng jalanan dan lumba haram di ibu negara, malam tadi.