SHAH ALAM - Dua buah lori terlibat kemalangan dalam satu kejadian di KM1.1 Lebuhraya baru Lembah Klang di sini, hari ini.

Insiden itu dipercayai berlaku pada jam 7.08 pagi dan jentera pertama tiba 11 minit kemudian selepas menerima panggilan kecemasan.

Sumber bomba berkata, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba Penyelamat Kota Anggerik dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, dapati benar berlaku kemalangan yang melibatkan dua buah lori sampah satu tan dan lori 10 tan yang membawa muatan ayam.

“Terdapat seorang mangsa lelaki yang merupakan kelindan lori berumur 28 tahun tersepit, namun berjaya dikeluarkan.

“Mangsa diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Operasi berakhir kira-kira jam 7.57 pagi,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SUNGAI PETANI - Dua maut, 14 cedera dalam kemalangan di kilometer 68 Jalan Sungai Petani-Butterworth dekat Kampung Padang Buluh, Tikam Batu apabila sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi bertembung dengan van pekerja dalam kejadian 5.55 pagi tadi.
  • JEMPOL - Mahkamah Majistret Bahau hari ini menetapkan 13 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes seorang pemandu treler yang mengakibatkan lapan maut dalam kemalangan di Kilometer 25, Jalan Bahau-Keratong, 11 Jun lalu.
  • KEMAMAN - Belum sampai 24 jam kemalangan menyayat hati yang mengorbankan dua anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun di Kemaman, satu lagi nahas jalan raya mengakibatkan dua lagi mangsa maut di daerah ini, awal pagi tadi.
  • PORT DICKSON - Seorang lelaki penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di kilometer 19.5 Lebuhraya Seremban Port Dickwon (SPDH) arah Seremban ke Port Dickson sekitar jam 8 pagi tadi.
  • KUBANG PASU - Gara-gara tersalah tekan pedal minyak, sebuah kereta kelihatan tergantung di tembok Klinik Kesihatan Changlun kerana terbabas dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.