KUALA LUMPUR - Dua lagi mayat dipercayai mangsa sindiket pemerdagangan manusia dikeluarkan hari ini dari sebuah kem sementara di hutan bukit Wang Burma bersempadan dengan Thailand.   
    
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata kedua-dua mayat itu, yang lengkap berkapan dikeluarkan pada 12.15 tengah hari.
    
"Ia ditemui berhampiran dengan kubur rangka mayat yang dikeluarkan semalam. Kedua-dua rangka mayat itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah pada 3.10 petang," katanya dalam satu kenyataan di sini.
    
Dengan penemuan dua lagi mayat hari ini, jumlah keseluruhan mayat yang telah dikeluarkan setakat ini ialah empat, dengan mayat pertama yang reput ditemui pada Isnin dan kedua semalam lengkap berkapan.  
    
Isnin lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan penemuan 139 kubur di 28 kem sementara sindiket pemerdagangan manusia antara Kampung Wai di Kuala Perlis hingga Tangga 100 di Felcra Lubuk Sireh, sepanjang 11 kilometer.
    
Menurut kenyataan itu, Pasukan Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah dan Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia masih meneruskan misi menggali lokasi yang dipercayai kubur Pati dan mengeluarkan rangka mayat. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TUMPAT - Kebesaran ALLAH disebalik musibah kubur rosak apabila pasir pusara dibawa arus deras air hujan, ada tiga pusara yang masih elok kain kafannya di Tanah Perkuburan Islam Kubur Datuk di Kampung Dalam Rhu di sini.
  • POKOK SENA - Sebanyak 14 lagi jenazah mangsa pemerdagangan manusia yang ditemui di Wang Kelian, Perlis pada Mei tahun lalu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tualang di sini hari ini.
  • ALOR SETAR - Kebanyakan penduduk di Kampung Seberang Pantai Johor, di sini, mempersoalkan pembinaan kubur berlapis di sebuah masjid, di sini, sejak setahun lalu.
  • KANGAR - Operasi menggali dan mengeluarkan rangka mayat mangsa sindiket pemerdagangan manusia dalam Ops Wawasan Khas Fasa Dua dihentikan sementara hari ini...
  • KUALA LUMPUR - Selepas lebih seminggu isu pemerdagangan manusia menjadi perhatian pelbagai pihak, polis hari ini telah mengenal pasti dalang utama...