SHAH ALAM - Susulan kekecohan pada Program Nothing To Hide 2.0, tiga suspek lelaki ditahan polis bagi siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam,  Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, tangkapan di buat orang awam dan diserahkan kepada polis.

"Dua daripada mereka ini memakai baju merah mempunyai lambang Armada dan seorang memakai baju hitam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat

"Mereka ini berusia antara 17 hingga 19 tahun. Dua daripada mereka adalah pelajar kolej swasta di Shah Alam manakala seorang lagi penganggur," katanya ketika ditemui media selepas melawat lokasi kejadian, hari ini.

Beliau memaklumkan, sehingga malam tadi tidak ada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana berhubung insiden tersebut.

Shafien berkata, pihaknya akan melakukan siasatan dalam semua aspek kerana penganjur telah melanggar perjanjian.

"Semalam kita panggil penganjur untuk bertemu polis dan beri syarat iaitu mesti memastikan keselamatan terjamin. Sekarang lihat apa yang berlaku.

"Kita akan panggil penganjur lagi untuk teruskan siasatan. Sebelum pun ini kita ada terima permohonan memaklumkan daripada penganjur bahawa program akan diadakan pada hari ini," katanya.

Ditanya berapakah jumlah anggota yang ditugaskan pada program tersebut, Shafien berkata, seramai tujuh pegawai dan 35 anggota telah tempatkan di lokasi tersebut.

Justeru, beliau meminta semua pihak agar memberi ruang kepada polis bagi melakukan siasatan dan tidak membuat sebarang spekulasi.

"Ini siasatan awal, sila bagi ruang untuk polis lalukan siasatan," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :