KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 1,302 mangsa setakat pukul 6 petang berbanding 1,267 mangsa tengah hari tadi.

Jumlah terkini itu meliputi seramai 337 keluarga di sembilan pusat pemindahan di lima daerah.

Kuala Terengganu mencatatkan jumlah mangsa banjir terbanyak iaitu 905 mangsa

daripada 223 keluarga, Dungun (225 mangsa daripada 66 keluarga), Marang (39

mangsa daripada 13 keluarga) dan Setiu (27 mangsa daripada lima keluarga).

Di Besut, sebuah pusat pemindahan baru iaitu di Pulau Perhentian dibuka petang ini dengan menempatkan 106 mangsa daripada 30 keluarga.

Di kawasan lain jumlah pusat pemindahan ialah masing-masing tiga di Kuala Terengganu dan Dungun manakala satu di Marang dan Setiu. – Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA PILAH - Hanya mengambil masa kurang seminit. Pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah berjaya menyelamatkan dua mangsa yang terperangkap di dalam sebuah kereta yang dihanyutkan arus deras pada jam 4.30 pagi tadi.
  • GEORGETOWN - Lebih 10 kawasan di Pulau Pinang ditengelami air selepas hujan lebat dan angin kencang yang berlarutan sejak jam 7 malam tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.