SHAH ALAM - Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan berhubung insiden kekecohan yang berlaku dalam program Nothing To Hide 2.0 petang tadi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Adegan baling kerusi, suar cemar Nothing To Hide 2.0]

Menurut pengarah program, Ashraf Mustaqim, walaupun kejadian berlaku di luar jangka, Mahathir dikatakan tidak berkecil hati malah memuji pihak penganjur.

"Saya orang terakhir dengan Tun semasa beliau menaiki kereta, saya cium tangan Tun, syukur Tun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kita tidak jangka benda ini berlaku, kami kata kami minta maaf dengan Tun, tapi Tun kata tak apa ini perjuangan demi negara, demi agama, bangsa kita untuk selamatkan negara," katanya semasa sidang media, hari ini.

Kekecohan tercetus pada forum Nothing to Hide 2.0 di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor di sini semasa Mahathir menjawab soalan sebentar tadi berkenaan dengan tragedi Memali ketika beliau menjadi perdana menteri.

Sekumpulan peserta yang tidak berpuas hati dengan penjelasan beliau secara tiba-tiba membaling suar, kerusi, botol air dan kasut ke arah pentas di mana Dr Mahathir berada ketika itu.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Baling kerusi, selipar, suar memang tuju kepada Tun M']

Kejadian berlaku sekitar 5.30 petang, kira-kira hampir dua jam program itu bermula.

Hanya Dr Mahathir yang berucap di forum ini selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak muncul walaupun diundang.

[ARTIKEL BERKAITAN: Nothing To Hide 2.0: Tun M sendirian di atas pentas]

Suasana itu mencetus panik di kalangan pemimpin dan peserta yang mengikuti forum itu, menyebabkan mereka cuba menyelamatkan diri dan berlaku pergelutan di kalangan penyokong Mahathir dan peserta yang tidak berpuas hati.

Julai lalu, Dr Mahathir mempelawa Najib ke forum yang diadakan di Shah Alam pada hari  ini untuk menjawab segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap mereka berdua.

[ARTIKEL BERKAITAN: Nothing To Hide 2.0: Tun M sendirian di atas pentas]

Program Nothing To Hide 2.0 sebentar tadi turut dihadiri oleh barisan  pemimpin Pakatan Harapan antaranya  Khalid Abdul Samad, Dr Daroyah  Alwi, Datuk Seri Mukhriz Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Zuraida Kamaruddin, Ng Sue Lim, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Datuk Zaid Ibrahim, serta pimpinan Pakatan pembangkang lain.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUTRAJAYA - Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dengan memberi keterangan berhubung siasatan kes menghina masyarakat Bugis sebagai lanun.
  • PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan sebentar tadi menolak rayuan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencabar kelayakan pengerusi dan anggota Suruhanjaya Siasatan Bagi Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar 1990-an.
  • SHAH ALAM - Persatuan Patriot Kebangsaan membidas keputusan menarik balik khidmat pengawal peribadi Unit Tindakan Khas (UTK) kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dianggap sebagai satu tindakan tidak bertanggungjawab.
  • KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad kecewa insiden kebakaran melibatkan pusat tahfiz di Kedah hampir tiga dekad lalu berulang.
  • PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta dua yang lain gagal dalam rayuan mereka berkaitan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai tort misfeasan dalam jawatan awam berhubung dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).