KUALA LUMPUR - Seorang ibu dan anak perempuannya berusia setahun setengah maut dalam kemalangan melibatkan 16 kenderaan di‎ KM406 Lebuhraya Utara Selatan dekat Tanjung Malim, yang menghala ke pusat bandar, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu, kereta yang dinaiki Nurul Syazeila Iryani Suhaimi, 28, dan anaknya Hanna Humaira Mohd Hasnun, berada di lorong tengah lebuh raya sebelum dirempuh treler membawa muatan kelapa sawit‎ yang terbabas dari lorong kanan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R. Supramaniam berkata akibat‎ rempuhan itu, kereta mangsa tersepit dengan sebuah treler lain yang‎ berada di lorong paling kiri.

Beliau berkata impak daripada pelanggaran itu, mangsa dan anaknya maut serta‎ merta manakala suaminya, Mohd Hasnun Ramli,29, yang memandu kereta itu, cedera.

"Akibat perlanggaran itu, kenderaan lain tidak sempat mengelak lalu berlaku pelanggaran seterusnya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Supramaniam berkata kemalangan itu melibatkan empat treler, dua van dan 10 kereta.

Beliau berkata punca kejadian disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta‎ Pengangkutan Jalan 1987.

Pemandu treler kelapa sawit itu ditahan untuk siasatan lanjut dan menjalani‎ ujian air kencing manakala kesemua mangsa itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu.

Kemalangan itu turut menyebabkan empat mangsa lain cedera ringan dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu Kamil Hamadan berkata lokasi kejadian merupakan kawasan 'panas' kemalangan.

"Agak merunsingkan bagaimana kemalangan sering berlaku sedangkan jalan di sini mempunyai tiga lorong dan ia lurus serta rata, bukannya kawasan berbukit bukau atau bengkang bengkok," katanya. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Seorang pemandu teksi nyaris maut apabila teksi yang dipandunya dihempap kontena dalam kejadian di Jalan Persiaran Raja Muda Musa, dekat sini, hari ini.
  • KUANTAN - Seorang warga emas maut selepas basikal yang ditungganginya dilanggar sebuah kereta di Kilometer 3, Jalan Bentong-Raub, Bentong, semalam.
  • KUALA LUMPUR - Dua buah bas yang membawa atlet Sukan Sea 2017 dari Thailand, Filipina dan Myanmar terlibat dalam kemalangan di tol Sungai Besi menghala ke Kesas, dekat sini, pagi tadi.
  • PORT DICKSON - Seorang wanita maut dan seorang lagi cedera parah selepas selepas kereta yang dipandu di kilometer 18.8 Lebuh Raya Seremban Port Dickson (SPDH) arah Port Dickson Seremban pada sekitar jam 8.40 pagi tadi.
  • ALOR SETAR - Jabatan Kesihatan Negeri, hari ini, mengesahkan 21 mangsa terlibat dalam kes kemalangan membabitkan sebuah trak polis membawa orang kena tuduh (OKT) dengan sebuah kereta Perodua Myvi di Jalan Sidam Kanan berhampiran Kampung Jambu, Padang Serai, Kulim, kira-kira jam 11 pagi semalam dalam keadaan stabil.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.