ALOR SETAR - Seorang gadis maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah lori simen di Lebuhraya Sultanah Bahiyah berhampiran sebuah sekolah agama di sini, petang semalam.

Pada kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, Nor Farhana Ahmad, 21, yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Mergong di sini, dirempuh lori berkenaan semasa kenderaan berat itu membuat pusingan U.

Nor Farhana yang cedera parah di beberapa anggota badan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah kira-kira pukul 9 malam tadi.

Ibunya Sharifah Shafie, 63, berkata Nor Farhana yang tinggal bersama rakannya di Simpang Empat dekat sini, sepatutnya pulang berbuka puasa bersamanya di rumah mereka di Taman Wira, Mergong namun tidak sempat kerana anaknya itu mahu segera ke tempat kerjanya.

"Dia (Nor Farhana) sudah membeli juadah berbuka puasa kerana semasa kejadian terdapat cekodok, mi segera dan milo (tiga dalam satu) bertaburan di jalan," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya hari ini.

Sharifah berkata walaupun anak bongsunya itu daripada lima beradik tidak tinggal bersama beliau, arwah kerap menghubunginya dan selalu pulang ke rumah.

"Semasa malam nisfu Syaaban, dia ada minta telekung solat baru. Dua kali dia minta tapi mak cik tak sempat beli. Mak cik rasa terkilan kerana itu adalah permintaan terakhir arwah sebelum dia meninggal dunia," katanya yang kali terakhir berjumpa Nor Farhana pada Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan kematian. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ALOR SETAR - Jabatan Kesihatan Negeri, hari ini, mengesahkan 21 mangsa terlibat dalam kes kemalangan membabitkan sebuah trak polis membawa orang kena tuduh (OKT) dengan sebuah kereta Perodua Myvi di Jalan Sidam Kanan berhampiran Kampung Jambu, Padang Serai, Kulim, kira-kira jam 11 pagi semalam dalam keadaan stabil.
  • ALOR SETAR - Mayat seorang nelayan lelaki warganegara Thailand yang dilaporkan hilang di laut akibat bot dinaiki bersama tiga lagi mangsa dilanggar oleh kapal dagang di perairan barat Kuala Muda, Sungai Petani, 9 Mei lalu, ditemui, petang semalam.
  • ALOR SETAR - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah hari ini menyampaikan bantuan kepada Muhammad Qayyum Sobri, 4, yang patah tangan kiri akibat tersepit pada rim motosikal pada Ahad lepas.
  • ALOR SETAR - Pemandu wanita berusia 37 tahun yang terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Baling dan isternya, di Kampung Teluk Teduri, Jalan Baru Kupang-Baling, semalam, disahkan positif dadah.
  • ALOR SETAR - Seorang fasilitator Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara (PSNCWU) yang menunggang motosikal baharu dibeli lebih kurang sebulan lepas maut kemalangan di lampu isyarat Pekan Alor Janggus, di sini, hari ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.