KUALA KETIL - Polis menahan dua beradik berusia 13 dan 15 semalam selepas dipercayai merogol adik tiri mereka dipercayai lebih 30 kali hingga melahirkan bayi lelaki.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof dilaporkan berkata, mangsa melahirkan bayi selepas dibawa ibu tirinya menjalani pemeriksaan doktor.

"Doktor mengesahkan mangsa mengandung dan sejurus itu mangsa melahirkan bayi lelaki.

"Siasatan awal sebelum itu mendapati ibu tirinya tidak mengetahui anak tirinya mengandung kerana tiada sebarang perubahan pada mangsa selain tidak dimaklumkan masalah tersebut," katanya.

Beliau berkata, dua beradik berkenaan direman sehingga 2 November dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan.


 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SUNGAI PETANI - Dua remaja perempuan berusia 13 dan 15 tahun menjadi mangsa rakus bapa tiri apabila lelaki berusia 46 tahun itu mengaku telah menodai mereka antara awal dan hujung tahun 2017.
  • TAMPIN - Sembilan remaja, empat daripadanya berusia 17 tahun dan lima berusia 16 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret kerana rogol, seks luar tabii gadis bawah umur.
  • KOTA BHARU - Seorang jurukimpal tidak mengaku salah di mahkamah sesyen, di sini, hari ini, atas tuduhan merogol remaja perempuan bawah umur, empat tahun lalu.
  • KLANG - Seorang remaja perempuan terpaksa berdepan detik hitam selepas diperkosa ketika sedang tidur di rumahnya di Pulau Indah, di sini awal pagi, semalam.
  • KOTA BHARU - Seorang duda anak dua tidak mengaku salah atas tuduhan merogol kekasih bawah umurnya di mahkamah sesyen, di sini, hari ini.