MELAKA - Seorang ahli perniagaan dijatuhi hukuman denda sebanyak RM350,000 atau 30 bulan penjara jika gagal membayar denda, atas kesalahan memberi pinjaman wang tanpa lesen perniagaan pemberi pinjaman yang sah empat tahun lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen, Norma Ismai menjatuhkan hukuman itu terhadap  Pang Siew Chan, 48, hari ini selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan sebelum ini.

Mengikut pertuduhan, Pang didakwa memberi pinjaman wang tanpa mempunyai lesen perniagaan pemberi pinjaman yang sah kepada seorang warga emas, Ng Yew Mot, 63, sebanyak RM10,000 di sebuah gerai makan  di Cheng Baru pada Oktober 2013.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400) yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM250,000  dan maksimum RM1 juta jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pang yang diwakili peguam Ng Fu Boon memohon hukuman ringan dengan mengambil kira sumbangan tertuduh kepada masyarakat dan dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Timbalan Pendakwa Raya, Ifa Sirrha Samsudin bagaimanapun memohon hukuman setimpal dikenakan memandangkan kes sebegini kerap kali berlaku dan merupakan kesalahan serius kerana melibatkan kepentingan awam. - Bernama

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PETALING JAYA - Seorang kontraktor yang memuat naik status tidak puas hatinya terhadap saman yang dikeluarkan anggota polis trafik di Facebook (FB) sehingga menjadi tular, hari ini didenda RM4,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.
  • KUALA LUMPUR - Seorang penganggur didenda RM2,500 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah cuba mencuri barang-barang di dalam sebuah kereta milik seorang lelaki.
  • KUALA LUMPUR - Seorang deejay kelab malam yang hari ini didenda RM2,500 atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol oleh Mahkamah Majistret di sini.
  • KUALA LUMPUR - Gara-gara pelawaan "Hai bang, jom hotel RM100” kepada seorang anggota polis, seorang lelaki berpakaian wanita hari ini didenda RM1,800 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.