IPOH - Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini terhadap lima pertuduhan membuat tuntutan palsu bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bernilai RM363,769 bermula Januari hingga Mei 2016.

Loo Peng Wah, 50, pada 30 Ogos lalu telah didakwa dengan tujuh pertuduhan sama membabitkan nilai RM745,838 bermula Oktober 2015 hingga Mei 2016 manakala isterinya, Ng Lee Foon, 45, turut didakwa dengan empat pertuduhan membuat tuuntutan palsu bayaran balik GST.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Stesen Ipoh, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Jalan Tun Abdul Razak, Ipoh dari Disember 2015 hingga April 2016.

Pertuduhan dijalankan Pegawai Pendakwa JKDM, Mohd Safwan Fathi Yahaya di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam, Manjeet Kaur dan Dalgit Singh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SEPANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengingatkan orang ramai tentang penipuan barang yang ditahan kerana cukai dan penipuan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
  • KOTA TINGGI - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan terhadap penyebar fitnah dan berita palsu mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
  • KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menggesa kerajaan mengkaji semula keputusan mengenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) ke atas beberapa jenis makanan segera yang menjadi pilihan makanan rakyat.
  • KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia menyasarkan usaha bayaran balik kredit cukai input (ITC) cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan mencapai tahap lebih 85 peratus pada tahun ini.