MANONG - Seorang lelaki 24 tahun beliau berdepan situasi mencemaskan apabila kakinya tersangkut ketika memanjat sebatang pokok setinggi lebih tiga meter, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.00 petang itu, tindakan pantas anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar berjaya menyelamatkan lelaki itu.

Ketua Operasinya, Aziz Mat Noor berkata, anggota bergegas ke lokasi kejadian di Kampung Jeliang sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kes itu.

“Setibanya anggota di tempat kejadian, didapati seorang lelaki tersangkut pada pokok di mana kakinya di bahagian lutut telah tersepit.

“Anggota menggunakan tangga dan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan kaki mangsa. Selepas beberapa minit, mangsa dapat diselamatkan.

“Pemeriksaan dilakukan kepada mangsa dan anggota mengesahkan lelaki tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.50 petang selepas memastikan mangsa dalam keadaan baik dan selamat.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SERI MANJUNG - Tindakan pantas anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung berjaya menangkap seekor ular susuk kerbau di sebuah rumah di Taman Lumut Indah, Lumut semalam menyelamatkan tuan rumah daripada insiden tidak diingini.
  • KUALA TERENGGANU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membekukan cuti 12,649 pegawai dan anggotanya di seluruh negara melalui penjadualan semula tugas sebagai persiapan menghadapi banjir.
  • TEMERLOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah melakukan pemeriksaan secara menyeluruh ke atas 702 daripada 2,428 pusat pengajian Islam di seluruh negara.
  • CAMERON HIGHLANDS - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia memerlukan masa sekurang-kurangnya sebulan bagi membuat pemeriksaan dan mengesan permasalahan semua Maahad Tahfiz berdaftar di seluruh negara.