SUNGAI PETANI - Perintah reman dua hari ke atas Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Noruliman A Rahman yang juga pelakon dikenali sebagai Boy Iman, tamat hari ini.

Perintah reman itu turut dikeluarkan Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Adibah Husna Zainal Abidin terhadap Boy Iman dan juga  tiga lagi individu termasuk seorang wanita berusia lingkungan 30 hingga 45 tahun yang mana ketiga-tiga mereka merupakan pengarah syarikat Juta Kelulut Global Resources (SJKGR).

Semalam, kesemua mereka direman di lokap Ibu Polis Daerah (IPD) Kuala Muda mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi membantu kes berkaitan penipuan pelaburan binaan rumah membabitkan RM30,000 yang dilakukan DBI Properties.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintendan, Chan Teck Paing mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, kesemua suspek akan diserahkan kepada polis di IPD Kubang Pasu, Jitra.

"Kesemua suspek didapati juga mempunyai kes yang sama di dearah Jitra dan Langkawi, mereka akan ditahan di daerah yang berkaitan untuk bantu siasatan," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUANTAN - Permohonan polis untuk mendapatkan perintah tahanan reman selama empat hari ke atas Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Noruliman A. Rahman juga dikenali sebagai Boy Iman membabitkan kes penipuan penjualan rumah murah ditolak Mahkamah Majistret Kuantan, hari ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.