KUALA SELANGOR - Bekas penulis khas akhbar New Straits Times (NSTP), Othman Abu Bakar, 58, meninggal dunia akibat kanser paru-paru di kediamannya di Bandar Puncak Alam, di sini hari ini.

Allahyarham, yang meninggal dunia pada jam 8.15 pagi ini, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam
di sini.

Allahyarham, yang juga bekas Editor Bersekutu akhbar The Edge, meninggalkan seorang isteri, Fadilah Jantan, 48, dan dua anak perempuan, Nur Liyana, 19, dan Nur Amani, 17.

Nur Liyana berkata arwah, yang berkerusi roda, pernah menjalani pembedahan memasang plat titanium di bahagian belakang badannya dua minggu lepas. - Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TANJUNG MALIM - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun meninggal dunia akibat lemas selepas dihanyutkan air ketika berkelah di Sungai Bernam berhampiran Kampung Simpang Empat Dalam, di sini, petang tadi.
  • KUANTAN - Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail meninggal dunia di kediamannya di Kuala Lumpur, sebentar tadi.
  • KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ishak Tadin meninggal dunia di kediamannya di Jalan Chan Chin Mooi, Tasik Titiwangsa di sini, hari ini.
  • PORT DICKSON - Bekas Pegawai Khas Politik, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Masiyon Mardan@Buhair,64, meninggal dunia sekitar jam 3 petang tadi ketika mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Sedang berkenaan slipped disc sakit tulang belakang yang dihidapinya.
  • DURIAN TUNGGAL - Seorang imam di Masjid Imam Muslim, Belimbing Dalam meninggal dunia selepas rakaat ketiga, ketika mengimamkan solat Zohor di masjid itu, tadi.