MACHANG - Seorang bayi perempuan berusia dua bulan maut dikelar ibunya dalam kejadian di Kok Lanas kira- kira jam 2.45 petang tadi.

Mangsa adalah anak ketiga dalam keluarga itu ditemui maut di ruang tamu rumah di sebuah kuarters  perumahan tentera.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, ketika kejadian bapa mangsa tiada di rumah dipercayai keluar ke kedai.

Katanya, dua adik beradik mangsa yang lain berjaya melarikan diri apabila melihat perbuatan itu dan kejadian tersebut disedari jiran mereka.

"Bayi tersebut dikelar di leher kiri dengan pisau pemotong sayur di atas tilam di ruang tamu rumah. Kita percaya suspek menghadapi gangguan emosi dan akan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

"Mayat bayi akan di hantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat," katanya kepada pemberita pada kejohanan sepak takraw piala ketua polis Kelantan di sini, sebentar tadi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KLANG - Nelayan warga Indonesia ditemui mati dengan kesan kelaran di leher di sebuah rumah di Bagan Teo Chew, Pulau Ketam dekat sini, hari ini.
  • BACHOK - Ibu kepada bayi mangsa kelar di Kok Lanas semalam masih ditempatkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk dirujuk kepada pakar psikiatri.
  • KOTA BHARU - Wanita yang dipercayai menyembelih hingga mati bayi perempuannya semalam, direman seminggu di Wad Psikiatri, Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini, tadi.
  • KOTA BHARU - "Isterinya itu ada terdengar bisikan halus beberapa hari sebelum bertindak mengelar anak bongsunya, Nur Areesa Sofea, dua bulan," kata sepupu mangsa, Nur Kamilia Kamaruzaman, 20.