KUALA LUMPUR - Hati siapa tidak pilu apabila orang tersayang yang baru dikahwini meninggal dunia. 

Kepiluan dan kesedihan itu terpaksa ditempuh Noor Fatihah Osman, 23, selepas suaminya yang dinikahi pada Mei lalu, Mohd Amirul Nizam Sokarno, 25, yang merupakan seorang warden Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat, di sini maut dalam kebakaran di bangunan tiga tingkat pusat tahfiz tersebut awal pagi tadi.

Difahamkan, pasangan terbabit baru sahaja seminggu melangsungkan majlis kenduri perkahwinan mereka.

Noor Fatihah dilihat tidak berhenti menangis ketika ditemui di lokasi kejadian dan enggan ditemu bual pemberita.

Ibu saudara Noor Fatihah, Asmah Yaakob, 50, ketika ditemui berkata, anak saudaranya itu dikejutkan dengan kejadian tersebut kira-kira pukul 6 pagi tadi. 

"Fatihah ketika itu berada di hostel tempatnya belajar di Universiti Sains Islam malaysia (USIM) di Bangi sebelum terus bergegas ke lokasi," katanya dalam nada sebak ketika ditemui hari ini.

Mohd Arif bersama guru serta penduduk cuba menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

[ARTIKEL BERKAITAN: Polis sahkan 21 pelajar, dua guru maut di lokasi]

Dalam pada itu Asmah berkata, selalunya Mohd Amirul akan telefon anak saudaranya untuk kejutkan bangun Subuh, namun hari ini tiada panggilan telefon itu.

Katanya, Noor Fatihah juga cuba menelefon suaminya tapi tidak berjawab. 

"Saya tidak menyangka kejadian ini terjadi kepadanya," katanya.

Dalam pada itu, seorang kakitangan pusat tahfiz berkenaan, Mohd Arif Mawardy, 24, berkata, dia ketika itu berada di tingkat dua bangunan berkenaan bersama tiga lagi guru cuba menyelamatkan pelajar di asrama pada awalnya selepas terdengar bunyi kuat seperti ribut di luar bangunan berkenaan.

"Saya terjaga dan melihat keluar tingkap namun bukan ribut dan saya terkejut melihat kepulan asap di tingkat tiga. Kemudian saya terdengar suara dari tingkat atas menjerit supaya menyelamatkan diri kerana berlaku kebakaran," katanya.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan di Taman Tasik Datuk Keramat, di sini mengakui pernah menegur salah seorang remaja yang ditahan polis berhubung kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung.
  • BESUT - Seorang pelajar sebuah madrasah tahfiz di daerah ini terpaksa menerima rawatan di Hospital Besut kerana didakwa dipukul oleh dua gurunya selepas mangsa dituduh mencuri duit pelajar lain.
  • PETALING JAYA - Bapa Penasihat Editorial Sinar Harian, Datuk Abd Jalil Ali meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini awal pagi tadi.
  • KUALA LUMPUR - 'Hasratnya mahu menjadi seorang hufaz akhirnya tidak kesampaian, ujar bapa kepada Muhammad Taufik Hidayat, Norazizan Abd Razak.
  • KUALA LUMPUR - Kesemua 21 jenazah mangsa kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah semalam dimandikan melalui kaedah tayammum berikutan keadaan jasad mereka yang rentung.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.