KUALA LUMPUR - Gejala penagihan dadah di sekitar kawasan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung, semakin berkurangan sejak kejadian kebakaran tersebut berlaku baru-baru ini.

Tinjauan Sinar Harian di Taman Rekreasi Datuk Keramat bersebelahan pusat tahfiz terbabit mendapati, majoriti penduduk setempat mengakui aktiviti tidak bermoral itu berkurangan.

Menurut seorang penduduk, Muhammad Ibrahim Abu Talib, 33, sejak kejadian itu berlaku, kebanyakan  penagih yang ingin melepaskan gian telah menukar lokasi mereka dan tidak lagi menjadikan kawasan itu sebagai port menghisap dadah.

“Kawasan taman rekreasi ini memang lokasi mereka hisap dadah dan hidu gam, tapi lepas kejadian itu (kebakaran), semua dah keluar dan cari port lain,” katanya.

Sebelum ini, polis menahan tujuh remaja disyaki terlibat membakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dan enam daripada mereka didapati positif dadah.

Mengulas lanjut, Muhammad Ibrahim berkata, apa yang lebih mengejutkan, terdapat ramai remaja bawah umur terlibat dengan kegiatan dadah di kawasan berkenaan sebelum ini.

Katanya, selain menghisap dadah, kegiatan hidu gam juga aktif di kawasan itu sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat.

“Apa yang jadi persoalan sekarang, macam mana budak-budak ini boleh dapat stok dadah?,” soalnya.

Peniaga berhampiran taman rekreasi tersebut, Norhidayati Ali Fauzi, 49, pula berkata, dia pernah menegur sekumpulan remaja bawah umur melepak di kawasan itu sebelum ini, namun mereka menjawab dengan kata-kata kesat dan kasar.

Disebabkan itu, katanya, kebanyakan penduduk takut untuk menegur.

“Mereka akan lepak di sini dari petang sampai awal pagi dan pada waktu itulah mereka akan hisap dadah.

“Kebiasaannya, mereka lepak di pondok-pondok dan kereta terbiar di sini untuk lepaskan gian,” katanya.

Pengawal keselamatan taman rekreasi itu, Hamat Zahidin, 45, berkata, dalam tempoh seminggu sejak insiden kebakaran itu berlaku, kawasan berkenaan sudah tidak lagi menjadi tumpuan bagi kegiatan penagihan dadah dan menghidu gam.

“Saya tak pasti lepas ini kawasan tasik ini masih dijadikan port atau tak. Mungkin hanya sementara waktu.

“Saya mohon pihak polis dan Jabatan Agama Islam pantau kawasan rekreasi ini.

Tambahnya,  kawasan taman rekreasi itu juga sering kali menjadi sarang maksiat pada waktu malam.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada Ketua Pemuda MCA Tanjong Lim Swee Bok atas kematian empat anggota keluarganya dalam kebakaran di rumah mereka di Pangkalan Weld, Pulau Pinang hari ini.
  • GEORGETOWN - Empat dipercayai sekeluarga termasuk dua kanak-kanak ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran rumah jenis kluster dua tingkat di Pintasan Cecil 5, Pengkalan Weld, di sini awal pagi ini.
  • PORT DICKSON - Seramai 120 warga asing pekerja kontrsak binaan terselamat dalam kejadian kebakaran rumah kongsi mereka di Kampung Paya awal pagi tadi.
  • IPOH - Seorang warga emas ditemui rentung manakala dua lagi melecur dan sesak nafas dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Jalan Bengkok, Kampung Baru Buntong, di sini, awal pagi tadi.
  • KUALA LUMPUR - Seorang warga emas ditemui maut manakala tiga mangsa lagi kini kritikal dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat di Jalan Maarof, Bangsar, di sini awal pagi tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.