APABILA kita mendengar perkataan Aids atau HIV, apa yang muncul di minda kita ialah perkara yang negatif. Apa tidaknya, setiap kempen yang dilakukan pelbagai pihak semuanya menunjukkan penyakit ini merebak dan berpunca dari aktiviti tidak sihat.

Benarkah begitu? Bagaimana pula dengan kanak-kanak tidak berdosa yang dijangkiti penyakit ini dari ibu bapa mereka?

Berdasarkan sumber Kementerian Kesihatan yang dipetik dari laman Unicef, Malaysia adalah tempat kelima paling pesat merebak di rantau Asia Timur dan Pasifik bagi epidemik Aids dengan kadar semasa jangkitan HIV berganda setiap tiga tahun.

Kes Aids pertama dikesan di Malaysia adalah pada 1986 dan sehingga Disember 2006, hampir 80,000 telah dijangkiti HIV dan lebih 9,000 daripadanyanya meninggal dunia. Statistik ini menunjukkan purata 17 orang diuji positif bagi virus ini setiap hari.

Wabak di Malaysia ini sebahagian besarnya dipengaruhi oleh pengguna dadah suntikan yang merupakan kira-kira 73 peratus daripada jumlah kes.

Bagaimanapun, terdapat kebimbangan tentang penularan heteroseksual yang sedang meningkat.

Perkadaran wanita yang dilaporkan mempunyai HIV bertambah dengan besar sedekad lalu iaitu daripada 4 peratus pada 1995 kepada 15 peratus kes baharu menjelang akhir tahun 2006.

Kajian menunjukkan pada  2006, lebih banyak suri rumah diuji positif HIV berbanding pekerja seks.

Pada masa yang sama, peratus bayi yang dilahirkan dengan HIV juga meningkat dari 0.2 peratus kes baharu pada tahun 1991 kepada 1.4 peratus kes bagi tahun 2006.

Sama seperti bahagian di dunia, bilangan golongan muda di Malaysia dengan jangkitan HIV meningkat setiap tahun.

Statistik pada Disember 2006 mendedahkan 36 peratus jangkitan ini dalam kalangan umur antara 13 hingga 29 tahun.

Kemungkinan indvidu yang dijangkiti HIV sebelum usia 30 sudah dijangkiti dalam lingkungan umur dua puluhan malah ada antaranya ketika di usia remaja.

Ketidaksaksamaan gender, stigma, diskriminasi, berdiam diri, penafian dan kejahilan menjadi bahan pembakar wabak ini. Ikuti laporan SOROT minggu ini mengenai isu Aids dan HIV.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MINGGU lalu, dunia kehakiman negara mendapat perhatian apabila Ahli Parlimen Ipoh Barat (DAP), M Kulasegaran mendedahkan terdapat unsur mahu mempercepatkan kes supaya dapat mengejar Petunjuk Prestasi Utama (KPI). Adakah itu benar?
  • MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said pada Rabu minggu lalu menjelaskan KPI yang digunakan di Malaysia diiktiraf Bank Dunia dan mencadangkan negara lain turut mengambil contoh Malaysia sebagai panduan dalam menangani masalah keskes tertunggak.
  • MODUS operandi utama sindiket pemaju rumah murah ini ialah bersandarkan kepada menjual impian semata-mata.
  • HARGA rumah pada hari ini bukan seperti puluhan tahun lalu dan pengguna pula perlu berfikir panjang untuk membuat pembelian.
  • TREND pengguna media sosial hari ini dinilai sebagai terlalu memenuhi kepuasan diri sendiri tanpa mengira sensitiviti pihak yang terlibat secara langsung.