KOTA KINABALU - Pengarah Keselamatan dan Ketenteraman Awam Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Abdul Rashid Harun dilantik sebagai Pengarah Operasi Esscom berkuatkuasa serta merta.
    
Pelantikan secara dalaman itu diumumkan Ketua Pengarah Esscom Datuk Mohammad Mentek.
   
Beliau berkata, tempoh pelantikan itu adalah selama enam bulan dan ia dilaksanakan secara bergilir-gilir.
    
"Selepas tempoh tersebut, jawatan ini akan diambil alih Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," katanya kepada pemberita selepas majlis pertemuan dan dialog Esscom bersama komuniti Kadazandusun Murut di Wisma Dang Bandang di sini hari ini.
   
Beliau berkata, pelantikan itu bertujuan bagi memantapkan operasi penguatkuasaan membanteras jenayah rentas sempadan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) selain meningkatkan koordinasi, komunikasi, kolaborasi antara tiga komponen penguat kuasa Esscom iaitu ATM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
 
Mohammed berkata fungsi pengarah operasi ialah untuk merancang dan melaksana semua operasi penguatkuasaan di kawasan Esszone selain memantapkan lagi operasi pertahanan dan keselamatan di Esszone terutama dalam aspek arahan.

Esscom ditubuhkan pada 1 April tahun lepas susulan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Tanduo, Lahad Datu awal Februari tahun yang sama yang dipertanggungjawab untuk menyelaras operasi pelbagai agensi pertahanan dan keselamatan termasuk ATM, PDRM dan APMM dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan rakyat Sabah khusus di Esszone.

Esszone merangkumi 10 daerah sepanjang 1,733.7 kilometer meliputi Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.  - Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BELURAN - Keupayaan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dalam mempertahankan keamanan negara tidak harus diperkecilkan oleh mana-mana pihak, kata Anggota Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.
  • SANDAKAN - Biarpun jenayah rentas sempadan di perairan timur negeri ini masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya, namun pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) berada di landasan yang betul dalam usaha membanteras jenayah itu, khususnya kes penculikan.
  • TAWAU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) berharap keputusan dan ketetapan dibuat untuk menyelesaikan isu status anak pendatang asing tanpa izin (Pati) yang dilahirkan di Sabah.
  • TAWAU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) adalah entiti penting dan masih releven dalam mengekalkan keamanan dan kedaulatan negeri ini.
  • SEMPORNA - Program semarak rakyat bersama Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) berjaya mewujudkan jaringan kerjasama antara pasukan keselamatan dan komuniti dalam aspek menyalurkan maklumat keselamatan.