KUALA LUMPUR - Seramai 22 pelajar dan dua warden dilaporkan maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Bomba Kuala Lumpur berkata, kebakaran dipercayai bermula jam 5.10 pagi dari tingkat atas bangunan.

Difahamkan, tujuh cedera membabitkan enam pelajar termasuk orang awam manakala 11 selamat.

Punca utama kemungkinan dipercayai litar pintas dan ubat nyamuk.

Katanya, pihaknya sedang mengenal pasti punca kejadian dan akan memaklumkannya dalam tempoh dua hingga tiga hari.

[ARTIKEL BERKAITAN: Litar pintas dipercayai jadi punca]

[ARTIKEL BERKAITAN: Ibu pelajar tahfiz reda pemergian anaknya]

[ARTIKEL BERKAITAN: Saksi dengar jeritan mangsa kebakaran]

[ARTIKEL BERKAITAN: Mayat pelajar tahfiz ditemui rentung, bertindih]

[ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kami tidak dapat masuk kerana api, asap tebal’]
 

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.