KOTA BHARU - Pas mengalu-alukan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob dilantik sebagai pemangku Pengerusi Felda Global Ventures (FGV) yang baharu.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, langkah tersebut penting bagi memastikan keyakinan terhadap Felda dapat dibina kembali.

“Pas memang mengalu-alukan sebarang tindakan penukaran Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad kerana bagi Pas, masalah tidak akan selesai kalau tidak selesaikan dulu puncanya,” katanya.

Beliau hadir pada sidang media Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah di sini yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan barisan exco kerajaan negeri.

Menurutnya, isu besar kini ialah bagaimana mahu menyelamatkan 360,000 ladang Felda yang dicagarkan.

Beliau berkata, apa yang berlaku dalam Felda kini diibaratkan sebagai satu malapetaka besar yang memberi kesan kepada kepercayaan rakyat terhadap pengurusan tersebut.

“Kita harap dengan pelantikan tersebut akan membina semula kepercayaan generasi-generasi Felda terutamanya generasi kedua dan ketiga,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUTRAJAYA - Setelah lebih empat jam hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bekas pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) Tan Sri Isa Samad menyerahkan kepada pihak berkuasa itu untuk melakukan siasatan berhubung kontroversi yang melanda FGV.
  • KUALA LUMPUR - Tindakan melantik bekas pengerusi Felda Global Ventures Holdings (FGV), Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai pemangku pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) disifatkan sebagai amalan kitar semula oleh kerajaan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.