SUNGAI PETANI - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Muda menjalankan program pembersihan ‘My Beautiful Malaysia’ di Taman Seri Aman Bedong bagi menghapuskan rumah kosong yang dijadikan port penagihan dadah.

Ketua Pegawai AADK, Shamshuri Yussof berkata, program kali ini bertumpu di kawasan rumah tidak berpenghuni yang menjadi sarang penagih dadah di taman perumahan berkenaan.

“AADK smerobohkan sebanyak dua sarang penagihan dadah melalui pendekatan gotong-royong bersama komuniti setempat.

“Penglibatan komuniti sangat penting dalam membanteras penyalahgunaan dadah selain mengelak penagih kembali bersarang di tempat itu,” katanya, dalam kenyataan media, baru-baru ini.

Menurutnya, tindakan merobohkan sarang penagih dilakukan dengan kerjasama 100 peserta termasuk pekerja Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (Swcorp), Idaman Environment, Ahli Skuad AADK Kuala Muda dan penduduk secara bergotong-royong.

“Program gotong-royong atau ‘My Beautiful Malaysia’ dilaksanakan untuk melahirkan semangat kesukarelawan dalam masyarakat dan membasmi masalah dadah di kawasan komuniti.

“Usaha ini perlu dilakukan kerana ia bukan sahaja dapat mengurangkan masalah sosial kalangan anak muda, sekali gus membantu mencegah kegiatan jenayah lain,” katanya.

Program yang disempurnakan Penyelaras Dun Gurun, Datuk Boey Chin Gan itu turut dimeriahkan dengan ceramah, sesi dialog bersama komuniti serta taklimat berkaitan fungsi dan peranan AADK.

Dalam ucapannya, Chin Gan berterima kasih kepada semua pihak terlibat yang menjayakan program itu.

Beliau turut memuji Idaman Environment yang bertungkus lumus menjalankan aktiviti pembersihan di semua kawasan Daerah Kuala Muda.

“Saya harap masyarakat tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah kerana kesannya amat negatif sama ada kepada diri, keluarga, agama, bangsa dan negara,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TAPAH - Kerajaan negeri bersama-sama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mengambil langkah proaktif dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah dalam negeri ini.
  • TUMPAT - Sewa rumah tumpangan RM150 namun lain pula dilakukan 31 remaja apabila berpesta dadah dan 'berdisko' di rumah tumpangan di kampung Berangan malam tadi.
  • BUTTERWORTH - "Pasaipa tangkap saya encik, saya tak salah apa" ini helah seorang lelaki yang dipercayai penagih dadah apabila dicekup anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK) dalam Ops Cegah yang dijalankan di sekitar kawasan Butterworth.
  • TAMPIN - Tiga tokan dadah kecil-kecilan dicekup dalam dua pemeriksaan berasingan di sebuah kebun kelapa sawit di Felda Bukit Rokan Utara, di sini, petang kelmarin.
  • JOHOR BAHRU - Sepasang suami isteri ditahan polis bersama 18 kilogram dadah jenis Ganja bernilai RM45,800, malam tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.